Monday, 28 January 2013

[Cuti-Cuti] Telaga Tujuh dan Cable Car Langkawi

Salam, anyeong haseyo semua~
*Entry yang penuh gambar(Telaga Tujuh dan Cable Car)


TELAGA TUJUH




Kila baru balik dari bercuti yang teramat pendek di Langkawi, hanya satu malam je. Tapi puas sebab semua dapat rasa, jadual pack betol sebab nak fully utilized masa yang ada. First day kami dekat Langkawi, tengahari tu kami pegi Telaga Tujuh.


Tiada bayaran dikenakan untuk ke Telaga tujuh kecuali parking RM2 sekali masuk. Dekat bawah tu ade gerai sikit jual makanan, baju, topi in case pengunjung nak beli. Nak pegi Telaga Tujuh tu kena panjat anak tangga yang tinggu rupanya, Kila tak tau pon huhuhuu...Jenuh gak la merangkak sampai ke atas tu. At some point ade papan tanda tulis, 3++ steps to go. Lepas tu die tulis kite da naik 2++ steps dekat point tu (pic x sempat snap, sbb masing2 nafas da mcm hape je x larat hahaha). Dalam hati takpe2, eksesais setahun sekali je pon :p So korang kira sendiri la ye berapa tinggi nak naik atas tu :D

Tapi berbaloi la, cantik betol permandangan dari tempat tu. Air pon sejuk, siapa nak mandi bole je terjun dalam tu. Tapi semua risiko atas tanggungan sendiri. Tolong la kawan2 sila berhati2 dekat kawasan nie. Batu2 nie licin boleh tergelincir dengan senangnya. Oke meh layan gambar la :)


Da berpeluh2 mendaki bole mandi, air sejuk best :)

Ada bahagian air yang dalam. Sila berhati-hati

Macam ade pause button di situ hahaha :D

Cantik kan....bole nampak cable car dari sini

Model Telaga Tujuh

Kawasan MERBAHAYA!!! Sila berhati-hati
Perasan tak berapa kali Kila pesan sila berhati-hati. Masa kita tengah snap gambar atas nie, ada sekeluarga yang datang area nie. Nie kira kawasan paling hujung dan menjunam ke bawah terus, tu pasal diorang letak dawai tu. Parents budak nie tak perasan anak perempuan dia dah masuk dalam air tu, sebabkan budak tu ringan(umur dalam 5 6 tahun) air tolak budak tu dengan senangnya. Nasib baik mak budak tu sempat capai sebelah tangan budak tu, tapi jerit jugak la sebab mak die tak larat. Bapa die cepat2 capai tangan lagi sebelah. Abes la bapa die jerit, kena marah budak tu sampai ke sudah menangis tak berhenti kat atas tu. Lepas tu keluarga tu pegi duduk tempat yang selamat sikit kat bahagian atas2. Kami yang tengok nie yang seriau T_T

Hai siapa2 yang belum  naik.....Kila da sampai :)


Sesi menurun anak tangga hohohooo... rasa nak berguling kebawah je :p



CABLE CAR

Petang tu pulak lepas lunch kami ke Cable Car yang terletak di Gunung Mat Chinchang. Tempat nie sama je haluan dengan nak pergi Telaga Tujuh, cuma Telaga Tujuh tu kena naik atas lagi sikit. Bayaran dikenakan untuk naik cable car nie;

Harga Ticket

Untuk naik Cable Car nie kita akan disuruh tunggu ikot kumpulan sebelum naik ke atas untuk beratur. So, dalam 30min sebelum nama kumpulan kami disuruh beratur, kami berjalan di kawasan sekitar yang dilengkapi dengan kedai-kedai ygan menjual barang kraftangan, baju, sovenir, makanan. Orang kata masa paling best nak naik sini dalam pukul 5pm sebab nanti dapat tengok sunset sekali. Jom layan gambar lagi :)

Kami kumpulan J


Dekat tasik sekitar tu ade ikan comels~

5mins to go Jyeahhhhh~~


Kila da sampai....pose bau ketiak namanya :D

Pose selagi boleh.... :P







700METERS ABOVE THE SEA LEVEL
Sunset :)


Klik SINI untuk cerita Island Hopping, Langkawi.

Thanks you semua *kiss*





4 comments:

  1. Tantek ni gamba.. weh jom la pegi bedua-an dgn aku pulak! nak blog jugak pasal cuti2. takdak geng nak pi. ceh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom set la time n tempat. Ak mmg ske jln2 nie....mmbe ajak laju je nak follow hahaha. Bln 5 nnt ak g sabah plak :D heeeee weh set je memane ak oke

      Delete
  2. memang cantik pic nie semua..... ohsem...... sampai jugak kat puncak telaga tujuh tu ye.... lagi satu air terjun yg ohsem...air terjun temurun...kat sana air terjun dia jatuh tegak dari atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wawawawaaaaa awak nie best la...tau banyak tempat cool~ kalau tau tempat yang best2 lagi inform kila ye, nak try pulak ;)
      kila mmg suka jalan2 nie

      Delete

Leave a comment here...i'll reply you back ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...